Pages

Monday 1 August 2011

Top 10 Makanan Pembakar Lemak Untuk Mengurangkan Berat Badan

Jadi apakah makanan pembakar lemak yang terbaik untuk menurunkan berat badan?
Herba istimewa(special herb), rempah ratus atau kafein bancuhan(caffeine concoctions seperti teh dan kopi) sering kali dianggap sebagai makanan pembakar lemak. Makanan pembakar lemak yang terbaik adalah ia dapat mempercepatkan metabolisme anda untuk mengurangkan berat badan serta membantu anda membina otot dan kekal sihat. Metabolisme boleh menukarkan makanan yang anda makan menjadi tenaga yang anda perlukan untuk melakukan semua aktiviti yang anda lakukan. Daripada itu, makanan pembakar lemak akan mempercepatkan metabolisme dalam badan untuk mengurangkan berat badan dan ia menghasilkan tenaga yang tinggi untuk pembakaran kalori dalam badan anda. Mari kita lihat dibawah ini:

Top 10 Makanan Pembakar Lemak Untuk Mengurangkan Berat Badan

1.Yogurt Rendah Lemak.
Yogurt rendah lemak adalah sumber yang baik dan sihat dari segi protien dan kalsium. Ia terbukti boleh mempercepatkan metabolisme badan. Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang mengamalkan diet dengan yogurt rendah lemak boleh kehilangan 2 kali lebih cepat mengurangkan berat badan. Ini disebabkan mereka mendapat sekurang-kurangnya 1,200mg kalsium sehari berbanding dengan orang yang kurang mendapat kalsium. 

2.Omega 3 Ikan.
Ia merupakan sumber protien yang sangat baik dan juga boleh mengurangkan berat badan. Omega 3 asid lemak juga dapat membantu membakar kalori dan menurunkan selera makan. 

3.Makanan Kekacang(Soy Foods).
Contohnya Edamame dan tauhu adalah makanan protien yang sihat dan membantu meningkatkan metabolisme dan menurunkan peratusan lemak badan anda. 

4.Daging Yang Tidak Berlemak.
Lemak pada daging itik dan ayam mesti dibuang, contohnya membuang dahulu kulit pada daging sebelum dimasak. Ia adalah satu makanan yang terbaik untuk pembakaran lemak kerana tubuh anda menggunakan lebih banyak kalori untuk mencerna. Hanya pastikan anda sentiasa memilih dada ayam tanpa berkulit untuk hasil yang terbaik. 

5.Telur.
Telur juga merupakan sumber protien yang seimbang yang sangat baik untuk membantu anda membakar lemak berlebihan. Ia juga dapat menahan otot anda semasa anda kehilangan berat badan. 

6.Cuka.
Ia menggunakan asid untuk membantu badan anda memecahkan lemak yang berlebihan. 

7.Buah-Buahan Jenis Limau.
Buah-buahan jenis limau terbukti untuk membantu meningkatkan tahap insulin dalam badan untuk membantu anda merasa kurang lapar. Buah lemon dan oren mengandungi serat, rendah kalori dan kadar air yang tinggi yang membantu mengurangkan berat badan anda. 

8.Cili.
Lagi pedas cili itu, lagi bagus kesannya. Ia merupakan makanan pembakar lemak yang boleh meningkatkan metabolisme anda dan membantu membakar kalori. 

9.Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan Yang Sihat.
Anda boleh rujuk Top 10 Senarai Sayur-Sayuran Yang Sihat dan Top 10 Senarai Buah-Buahan Yang Sihat. Minum bayak air juga boleh menbantu membakar lemak dan menurunkan BMI anda. 

10.Bijirin.
Membantu memelihara kadar insulin yang rendah untuk meningkatkan metabolisme anda selepas anda makan. Tetapi, pastikan ddiri anda menjauhi daripada bijirin yang telah ditapis kerana ia boleh menyebabkan kadar metabolisme anda menjadi lambat dan membuatkan badan anda mula menyimpan lemak.

11 comments:

Thristhan said...

This is a great list that I should follow :)

ajax85 said...

bgs2...tapi bulan pose blh tambah kan berat badan x

Bulat said...

Oat tu pembakar lemak jugak ke?

~da folloe blog ni byk info=)

GoGoHealthy! said...

Yeah..That is right Thristhan. Stay healthy always.. :)

GoGoHealthy! said...

Time bulan pose ni memang banyak kuih-muih yg dijual kat Bazaar Ramadan. Aku memang tak tahan nak tengok jer mesti nak beli juge.. Tapi kita makan jangan la ikutkan sangat nafsu makan kita tu. Nanti bila dah ada masalah kat diri kita baru nak menyesal.. Cukuplah makan untuk menghilangkan rasa lapar dalam diri kita. Kesihatan badan mesti diutamakan daripada itu barulah hidup kita sentiasa ceria.. :)Betul tak Man..

GoGoHealthy! said...

Ya,Oat memang makanan pembakar lemak juga. Pengambilannya dipercayai mengurangkan kolesterol dan berkemungkinan mengurangkan risiko serangan penyakit jantung. TQ atikah janis_A.J kerana follow blog ni.. Akan saya post banyak lagi entry2 yg berguna nanti. :)

pinky_liscious said...

tapi ade sumber kata lemak takkan ilang tapi leh ditukar dengan otot.. lemak tetap kekal...

GoGoHealthy! said...

owh... thanks for sharing pinky_liscious. Akan saya buat research dgn lebih dlm lagi.. :-)

sabree hussin said...

ok dalam banyak-banyak list ni.. aku jatuh cinta yogurt je hhhe

tak kisah kan kalau nak ambik dalam keadaan sejuk atau tak kan

GoGoHealthy! said...

Ya.. sabree hussin nak ambik dalam keadaan sejuk atau tak pun boleh.. :-) Tapi bagi aku,yogurt yang sejuk lagi bes..hehe

Unknown said...

Follow your blog ^^ . Mmg mencabar turunkan berat badan tp hasilnya lumayan kalau berjaya. ♡♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...