Pages

Saturday 23 July 2011

Manfaat Yang Anda Perolehi Sekiranya Berhenti Merokok Selepas Anda Baca Artikal Ini!

Bermula selepas 20 minit anda berhenti merokok, badan akan semakin sihat daripada 20 minit sebelum anda berhenti merokok. Berikut adalah bagaimana gembiranya badan anda bertindak balas selepas anda berhenti merokok.



Berhenti Merokok Dalam Masa:

20 minit - Tekanan darah dan kadar nadi anda kembali normal.

8 hingga 12 jam - Tahap toksik karbon monoksida dan nikotin dalam aliran darah anda menurun ke tahap separuh dan tahap oksigen meningkat.

24 hingga 48 jam - Pada masa ini kadar nikotin akan semakin berkurangan dalam badan anda. Risiko anda telah menurun dari serangan jantung. Hujung saraf yang rosak akan mula diperbaiki dan deria rasa dan bau mula kembali kepada normal.

72 jam - Badan anda bebas dari nikotin dan risiko daripada penyakit berkurangan. Tiub bronkus sihat akan membuatkan paru-paru anda bernafas dengan lebih mudah. Rambut, gigi dan nafas rasa lebih bersih dan tidak berbau.
2 ke 12 minggu - Peredaran darah dan fungsi paru-paru terus meningkat pada masa ini. Perasaan gelisah, sukar menumpukan perhatian, isomnia, kemurungan dan keinginan merokok ketara reda dan berakhir.

3 hingga 9 bulan - Sesak nafas, batuk dan risiko terkena jangkitan menurun dan meningkatkan tahap tenaga anda.

1 tahun - Tahap risiko menghidap penyakit jantung setengah lebih rendah daripada golongan perokok.

5 tahun - Tahap risiko untuk mendapat strok adalah hampir sama dengan golongan yang bukan perokok.

10 tahun - Kemungkinan tahap risiko untuk mendapat kanser pada mulut, tekak, esofagus, buah pinggang, pankreas dan paru-paru anda telah menurun hampir setengah daripada golongan perokok.
15 tahun - Tahniah! Tahap risiko untuk penyakit jantung, strok, kanser paru-paru dan kematian kini serupa dengan golongan yang tidak pernah merokok.



5 comments:

CiNOS said...

Thankz For sharing Bro.. Sememang nya saya rasa lebih bertambah sihat sekarang selepas 6 bulan tidak lagi merokok...
15 Tips untuk dapatkan Buffered Earning (BE) dari Nuffnang!

GoGoHealthy! said...

Sama2 bro.. Tahniah kepada Cinos sebab dh dapat berhenti merokok.. :-)
Untuk kebaikan kesihatan kita juge kan...

Ronaldmohoni said...

terima kasih dengan info ini.

GoGoHealthy! said...

Sama-sama Ronaldmohoni. Sharing info dengan semua orang adalah memberi kebaikan untuk semua orang betul kan... :-)

khairulina said...

salam sejahtera, saya ni dah berhenti merokok 2 bulan lebih, tapi rasa pening masih ada lagi, adakah ianya biasa Apa pendapat mr. Gogohealthy.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...