Pages

Friday 15 July 2011

Tips Bagaimana Untuk Mengurangkan Pendedahan Kepada Radiasi Telefon Bimbit

Bagaimana anda berdepan dengan hakikat bahawa telefon bimbit boleh menyebabkan kanser otak?
Berita memberitahu bahawa pendedahan kepada frekuensi radio telefon dan medan elektromagnet boleh menyebabkan pengguna berisiko tinggi untuk mengalami Glioma, sejenis kanser otak.

Walaupun tiada bukti langsung bahawa telefon bimbit akan menyebabkan anda kanser, terdapat cara yang terbukti untuk membantu anda mengurangkan risiko anda:

Jika anda hendak bercakap menggunakan telefon bimbit, gunakan hands free(ears phone). Ini kerana alat ini mengeluarkan radiasi jauh lebih rendah daripada telefon bimbit sebenar, kata Kumpulan Kerja Alam Sekitar. Sekiranya anda bersendirian, lebih baik anda menggunakan mod pembesar suara(loud-speaker) pada telefon bimbit anda.

Apabila isyarat(signal) lemah? Pada isyarat lemah inilah tahap radiasi paling kuat. Lebih baik anda menggunakan headset.

Seperti anda bercakap menggunakan telefon bimbit semasa anda memandu? Sedar bahawa telefon bimbit anda boleh menjadi lebih berbahaya semasa anda di dalam kereta. Ini kerana telefon bimbit anda akan sukar mencari isyarat dalam kereta dan daripada itu ia akan memancarkan radiasi yang lebih tinggi lagi.

Kanak-kanak tidak sepatutnya bercakap menggunakan telefon bimbit dengan lama kerana otak mereka boleh menyerap radiasi yang tinggi. Kalau boleh guna telefon talian sahaja dari rumah ataupun pondok telefon.

Sesetengah telefon bimbit boleh menyebarkan radiasi yang tinggi. Berikut adalah beberapa telefon yang perlu anda pertimbangkan:
  1. Motorola Bravo (MB520)AT & T 1,59 W/kg
  2. Motorola Droid 2 GlobalVerizon Wireless*1,58W/kg
  3. Palm PixiSprint 1.56W/kg
  4. Motorola Boost i335Boost Mobile 1,55W/kg
  5. Blackberry Bold 9700AT & T,T-Mobile 1.55W/kg
  6. Motorola i335Sprint 1,55W/kg
  7. HTC Magic(T-Mobile myTouch 3G) T-Mobile 1,55W/kg

Anda boleh melihat perbandingan telefon bimbit yang mempunyai radiasi rendah dan radiasi tinggi,--------->KLIK DISINI

    4 comments:

    sabree hussin said...

    kalau telefon biasa macam mana? radiasi tinggi jugak tak? yng pkai land line

    GoGO Healthy! said...

    Ya.Telefon landline mempunyai radiasi yang lebih rendah berbanding dengan telefon bimbit anda.Sila klik link ini--->http://lifebluetube.com/blog/are-you-electrosensitive/
    Cuba anda baca pada bahagian "Protect Yourself from EMF". Anda boleh lihat bahawa telefon landline mempunyai radiasi lebih rendah dari handphone anda.

    sabree hussin said...

    oh macam tu ke .. kadang-kadang saya ni risau jugak, sebb saya hari2 kena bergelumang dengan telefon

    GoGO Healthy! said...

    Hehe.. Saya pun macam tu juga. Tapi atleast kita memberi info kpd org ramai tentang keburukan telefon kn.. Untuk kebaikan bersama..

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...