Pages

Sunday 10 July 2011

Tips Untuk Kulit Yang Sihat

Mempunyai wajah dan kulit yang sihat merupakan satu aset terbesar dalam diri kita. Dimana kita akan senang didampingi oleh masyarakat di sekitar kita. Lebih-lebih lagi kalau anda mempunyai wajah yang menarik. Kita boleh lihat, setiap manusia di dunia ini menginginkan kulit mereka sentiasa sihat.

Adalah mudah untuk memiliki kulit yang sihat - Hanya ikut beberapa cadangan yang diberikan dibawah:
  • Minum air dengan banyak. Saya tahu anda telah selalu mendengar sebelum ini, tetapi ia memang dapat membantu. Dengan meminum air yang banyak, ia boleh membuang toksin dari dalam badan anda dan mencegah kulit anda daripada kelihatan kering dan lesu.
  • Mempunyai diet yang sihat. Makan buah-buahan dan sayuran selalu. Ini kerana ia membekalkan nutrien dalam tubuh badan anda. Nutrien ini sangat penting kerana kulit memerlukan semua nutrien yang ia boleh dapatkan.
  • Pastikan anda menggunakan losyen pelindung matahari apabila anda keluar. Bahan cemar di udara dan sinaran ultraviolet matahari boleh memudaratkan kulit anda.
  • Jangan lupa untuk membersihkan make-up anda pada waktu malam dan cuci kulit anda secara berkala. Ini akan memberikan kulit anda peluang untuk bernafas dan bertukar kepada kulit yang baru.
  • Berhati-hati dengan apa yang anda gunakan pada kulit anda. Pilih dengan baik dan berhati-hati semasa membeli produk untuk kulit anda. Jangan suka mengikut kata-kata kawan kerana kulit anda dengan kawan anda adalah tidak sama.
  • Cari masa untuk berehat. Tekanan adalah punca pendam banyak masalah kulit.(jerawat) Ada masalah jerawat klik disini.

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...