Pages

Saturday 13 February 2016

Tips Penjagaan Kulit Yang Sihat Secara Semulajadi.

Hari ini saya akan terangkan tips untuk memanjakan kulit anda. Terdapat 6 Tips asas penjagaan kulit semula jadi yang akan diterangkan untuk info anda semua. Walaupun anda tidak dapat menghentikan kulit dari penuaan, tetapi anda boleh memperlahankan proses penuaan untuk tanpa kelihatan lebih muda.

Mengapa tips penjagaan kesihatan kulit begitu penting kepada anda?
Kulit anda adalah organ terbesar dalam badan anda. Ia merupakan satu-satunya bahagian yang terdedah kepada semua elemen-elemen alam sekitar, seperti cahaya matahari, angin, panas dan sejuk. Tambahan pula, kulit anda adalah organ tang terdedah kepada pandangan orang lain!

Seperti yang anda lihat dari gambar rajah struktur kulit diatas, kulit yang sihat semulajadi mempunyai lapisan asas - Epidermis pada permukaan dan Dermis di bawahnya. Jerawat berlaku dalam epidermis apabila folikel rambut terdapat kotoran, minyak berlebihan dan sel kulit mati, yang membawa kepada bengkak dan kemerahan. Seiring dengan itu, dari faktor usia kulit akan cenderung kekeringan, berkedut dan menampakan tompok penuaan.

6 Tips Penjagaan Kulit Secara Semulajadi :

1. Lindungi kulit anda dari matahari.
Lebih masa, terdedah kepada cahaya matahari menyebabkan kedut, kasar, kulit kering, bintik-bintik usia dan lebih buruk lagi, ia boleh membawa kepada kanser kulit. Mengambil langkah-langkah perlindungan dari cahaya matahari seperti Elakkan sinar UV matahari paling kuat 10:00am - 4:00pm, Pakai topi yang memberi perlindungan yang luas dan pakaian yang meliputi badan anda dan mengunakan losen perlindungan matahari (SF 15 atau lebih tinggi).

2. Jangan merokok dan mengelakkan perokok. Walaupun asap tidak boleh merosakkan keanjalan kulit anda, tetapi ia boleh mengurangkan kadar oksigen dalam badan and dan nutrien penting asli penjagaan kulit, saluran darah menjadi sempit, dan menyumbang kepada kedutan awal dan kulit lebih tua. Rokok juga boleh menyebabkan kanser paru-paru. Jadi Jangan Merokok!

3.
Makan makanan yang mengandungi anti-penuaan untuk kulit. Terdiri daripada makanan tumbuhan sihat dan protein tanpa lemak. Jika anda makan makanan yang tinggi lemak tepu boleh meningkatkan tahap penuaan dan kedutan.
Berikut adalah makanan yang akan membantu anda untuk melambatkan proses penuaan:


  • Kacang
  • Buah-buahan
  • Minyak zaitun
  • Kekacang
  • Sayur-sayuran
  • Omega 3 ikan
  • Bijirin penuh. 

4. Minum air banyak.
Dehidrasi membuat kulit kelihatan kering dan kendor. Tetapi jika anda minum 8 gelas setiap hari, air membantu menbuang toksin dan menjaga kulit supaya sentiasa segar dan muda. 

5. Dapatkan rehat yang cukup dan tidur.
Badan anda perlu berehat untuk mengecas semula dirinya dan membaik pulih sel-sel kulit. Plus, anda kelihatan lebih baik apabila anda berehat secukupnya.

6. Berehat, berehat dan tersenyum.
Tekanan yang berlebihan juga boleh menyebabkan masalah kulit seperti jerawat. Jadi banyakan berehat dan sentiasa senyum. Anda pun tahu, orang yang murah bagi senyuman akan nampak lebih muda...

Inginkan kulit anda sentiasa sihat, amalkan tips yang saya bagi kat atas. Terima kasih...

Friday 12 August 2011

Cara Meningkatkan Metabolisme Secara Semulajadi

Entry kali ini, saya akan berkongsi tentang cara meningkatkan metabolisme secara semulajadi bagi membantu anda untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat tanpa menggunakan ubat herba atau ubat yang mempunyai kesan sampingan kepada diri anda.

Metabolisme adalah mekanisme yang menukarkan makanan kepada sumber tenaga yang memberi tenaga kepada badan anda. Sekiranya metabolisme anda meningkat, badan anda boleh membakar lebih banyak kalori dalam badan anda pada kadar yang lebih cepat walaupun anda hanya duduk ataupun tidur. Ini akan membantu anda menurunkan berat badan dan kekal sihat dengan lebih mudah lagi. 

Cara Meningkatkan Metabolisme Secara Semulajadi

Bersenam. 
Apabila anda bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari, anda akan meningkatkan kadar metabolisme anda dalam tempoh 24 jam berikutnya. Contohnya berjalan lebih jauh apabila anda pergi membeli-belah, menggunakan tangga daripada menggunakan lif dan melakukan lebih banyak aktiviti di sekitar rumah(bercucuk tanam, menyapu, menyiram pokok bunga dan sebagainya). Semua ini boleh membantu meningkatkan metabolisme anda. 

Membina Otot. 
Lebih banyak otot yang anda miliki, lebih banyak kalori anda bakar tanpa mengira faktor-faktor yang lain. Saya tahu diet protien yang rendah boleh menyebabkan kehilangan otot, tetapi anda boleh mendapatkan otot dan mengurangkan lemak dalam tubuh dengan mengamalkan makan makanan diet serat protien tinggi yang sihat serta digabungkan dengan senaman aerobik dan latihan berat badan. Jadi, mulakan latihan anda secepat mungkin dari sekarang. 

Makan Makanan Yang Tidak Terlalu Berat Lebih Kerap. 
Lagi lama anda menunggu diantara waktu makan, lebih lambat badan anda memulihkan tenaga dalam badan anda dan mengurangkan kadar metabolisme diri anda. Pastikan anda mendapatkan sekurang-kurangnya 800 kalori setiap hari untuk badan anda. Makan 4 hingga 6 kali makanan yang tidak terlalu berat setiap 2 hingga 3 jam bermula dengan sarapan pagi. Daripada ini kadar metabolisme anda meningkatkan, dapat menstabilkan kadar gula dalam darah, membekalkan sumber tenaga kepada tubuh badan dan membantu anda mengelakkan daripada makan terlalu banyak di kemudian masa. 

Mengamalkan Diet Yang Sihat. 
Pastikan anda mendapatkan protien yang optimum untuk mengekalkan otot yang baik. Makan makanan yang mengandungi kadar serat yang tinggi(high fiber food) dan makanan pembakar lemak untuk melajukan kadar metabolisme anda. Minum air sekurang-kurangnya 8 auns gelas sehari. 

Bersantai Dan Berehat. 
Badan anda telah berkerja keras untuk memastikan suhu badan anda di 98.6. Oleh itu, anda boleh meminum air sejuk/ais untuk membantu meningkatkan metabolisme anda. Ini kerana 70% daripada badan anda memerlukan air. Sekiranya badan tidak mendapat air yang cukup, ini melambatkan semua sistem badan anda termasuk kadar metabolisme anda.

Seperti yang anda lihat, untuk meningkatkan kadar metabolisme memerlukan anda untuk mengubah beberapa tabiat lama anda. Menggabungkan Cara Meningkatkan Metabolisme Secara Semulajadi diatas  dengan Top 10 Makanan Pembakar Lemak akan meningkatkan lagi kadar metabolisme anda.

Monday 1 August 2011

Top 10 Makanan Pembakar Lemak Untuk Mengurangkan Berat Badan

Jadi apakah makanan pembakar lemak yang terbaik untuk menurunkan berat badan?
Herba istimewa(special herb), rempah ratus atau kafein bancuhan(caffeine concoctions seperti teh dan kopi) sering kali dianggap sebagai makanan pembakar lemak. Makanan pembakar lemak yang terbaik adalah ia dapat mempercepatkan metabolisme anda untuk mengurangkan berat badan serta membantu anda membina otot dan kekal sihat. Metabolisme boleh menukarkan makanan yang anda makan menjadi tenaga yang anda perlukan untuk melakukan semua aktiviti yang anda lakukan. Daripada itu, makanan pembakar lemak akan mempercepatkan metabolisme dalam badan untuk mengurangkan berat badan dan ia menghasilkan tenaga yang tinggi untuk pembakaran kalori dalam badan anda. Mari kita lihat dibawah ini:

Top 10 Makanan Pembakar Lemak Untuk Mengurangkan Berat Badan

1.Yogurt Rendah Lemak.
Yogurt rendah lemak adalah sumber yang baik dan sihat dari segi protien dan kalsium. Ia terbukti boleh mempercepatkan metabolisme badan. Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang mengamalkan diet dengan yogurt rendah lemak boleh kehilangan 2 kali lebih cepat mengurangkan berat badan. Ini disebabkan mereka mendapat sekurang-kurangnya 1,200mg kalsium sehari berbanding dengan orang yang kurang mendapat kalsium. 

2.Omega 3 Ikan.
Ia merupakan sumber protien yang sangat baik dan juga boleh mengurangkan berat badan. Omega 3 asid lemak juga dapat membantu membakar kalori dan menurunkan selera makan. 

3.Makanan Kekacang(Soy Foods).
Contohnya Edamame dan tauhu adalah makanan protien yang sihat dan membantu meningkatkan metabolisme dan menurunkan peratusan lemak badan anda. 

4.Daging Yang Tidak Berlemak.
Lemak pada daging itik dan ayam mesti dibuang, contohnya membuang dahulu kulit pada daging sebelum dimasak. Ia adalah satu makanan yang terbaik untuk pembakaran lemak kerana tubuh anda menggunakan lebih banyak kalori untuk mencerna. Hanya pastikan anda sentiasa memilih dada ayam tanpa berkulit untuk hasil yang terbaik. 

5.Telur.
Telur juga merupakan sumber protien yang seimbang yang sangat baik untuk membantu anda membakar lemak berlebihan. Ia juga dapat menahan otot anda semasa anda kehilangan berat badan. 

6.Cuka.
Ia menggunakan asid untuk membantu badan anda memecahkan lemak yang berlebihan. 

7.Buah-Buahan Jenis Limau.
Buah-buahan jenis limau terbukti untuk membantu meningkatkan tahap insulin dalam badan untuk membantu anda merasa kurang lapar. Buah lemon dan oren mengandungi serat, rendah kalori dan kadar air yang tinggi yang membantu mengurangkan berat badan anda. 

8.Cili.
Lagi pedas cili itu, lagi bagus kesannya. Ia merupakan makanan pembakar lemak yang boleh meningkatkan metabolisme anda dan membantu membakar kalori. 

9.Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan Yang Sihat.
Anda boleh rujuk Top 10 Senarai Sayur-Sayuran Yang Sihat dan Top 10 Senarai Buah-Buahan Yang Sihat. Minum bayak air juga boleh menbantu membakar lemak dan menurunkan BMI anda. 

10.Bijirin.
Membantu memelihara kadar insulin yang rendah untuk meningkatkan metabolisme anda selepas anda makan. Tetapi, pastikan ddiri anda menjauhi daripada bijirin yang telah ditapis kerana ia boleh menyebabkan kadar metabolisme anda menjadi lambat dan membuatkan badan anda mula menyimpan lemak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...