Pages

Friday 22 July 2011

Bagaimana Untuk Menghilangkan Lemak Pada Perut Dan Pinggang

Saya tahu setiap orang yang mengalami masalah perut buncit dan pinggang yang berlemak adalah ingin untuk menghilangkan lemak pada perut dan pinggangnya.

Terdapat dua jenis lemak perut iaitu Lemak Visceral (lemak pada organ dalaman) dan Lemak Subcutaneous(lemak dibawah kulit). Lemak Subcutaneous inilah yang menyebabkan orang lain boleh melihat lemak pada diri anda. Tetapi lemak Visceral adalah lemak yang boleh membinasakan badan anda kerana lemak jenis ini tersembunyi di bawah beberapa otot yang mengelilingi organ-organ penting anda. Semakin banyak lemak ini, semakin tinggi risiko anda meghidap penyakit kencing manis, penyakit jantung dan masalah kesihatan yang lain.


Apakah punca anda mempunyai perut dan pinggang yang berlemak?

Kajian menunjukkan orang yang makan makanan yang tidak sihat mempunyai lebih banyak lemak Visceral dan lemak Subcutaneous daripada orang yang makan makanan yang sihat dan kerap bersenam. Daripada hampir 3,000 orang dewasa dalam satu kajian, orang yang aktif dan makan diet yang sihat dengan banyak sayur-sayuran berserat tinggi, buah-buahan segar dan bijirin penuh, ditambah makanan yang rendah lemak dan protien yang tinggi, mereka mempunyai perut yang kurang lemak dan sihat.

Banyak kajian pada masa lalu telah menunjukkan bahawa perokok biasanya berat badannya kurang daripada orang yang tidak merokok. Tetapi, kajian baru-baru ini dari Pusat Perubatan Universiti Utrecht di Belanda, menunjukkan bahawa walaupun perokok itu adalah kurus, mereka masih tetap cenderung untuk memiliki Lemak Visceral yang lebih banyak daripada orang yang tidak merokok.

Selain daripada pengumpulan lemak yang disebabkan oleh merokok, diet yang tidak sihat, kurang bersenam dan pengambilan alkohol dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan kepada perut buncit dan mempunyai Lemak Visceral dan Subcutaneous yang banyak.

Bagaimana Menghilangkan Lemak Pada Perut Dan Pinggang?

Apabila anda membuat kepuutusan untuk menyingkirkan lemak pada perut dan pinggang, anda jangan hanya mensasarkan untuk menghilangkan Lemak Subcutaneous yang terletak tepat dibawah kulit anda sahaja, tetapi juga menyingkirkan Lemak Visceral yang berbahaya kerana lemak jenis ini tersembunyi dibawah otot dan mengelilingi organ-organ penting anda.

Kajian juga menunjukkan bahawa Lemak Visceral bukan sahaja meningkatkan risiko anda menghidap penyakit kencing manis dan jantung, ia juga menyumbang kepada batu karang, psoriasis, hati berlemak dan mungkin juga kanser prostat dan kanser payudara.

Jadi disini adalah cara untuk menghilangkan Lemak Visceral dan Subcutaneous:
  • Jika anda merokok, berhenti!
  • Kurangkan atau jangan sesekali meminum minuman beralkohol.
  • Bersenam sekuran-kurangnya 30 minit sehari. Duke University Medical Center membuat penyelidikan mendapati bahawa semua aktiviti fizikal boleh membuat perbezaan yang ketara dalam mengurangkan lemak pada perut dan pinggang. Lebih banyak anda bersenam, lebih cepat anada menghilangkan lemak dari bandan anda.
  • Makan secara sihat. Meningkatkan serat makanan berkhasiat tinggi seperti sayur-sayuran, bijirin dan buah-buahan. Makan makanan yang mengandungi omega 3 seperti ikan, mengambil tenusu yang rendah lemak dan makan ayam yang sudah dimasak tanpa kulitnya. Anda juga perlu mengurangkan pengambilan gula.
  • Kurangkan berat badan dengan mengamalkan diet yang sihat dan meningkatkan aktiviti fizikal. Kajian membuktikan bahawa lemak pada perut akan hilang dulu dari lemak pada bahagian lain.
Itulah cara-cara kita untuk menghilangkan lemak di perut dan pinggang. Go..Go..Healthy Everyone! :-)

3 comments:

auntyshina said...

akhirnyaaaa..ada jugak jalan penyelesaiannya...terima kasih!

auntyshina said...

akhirnya ada jugak jalan penyelesaiannya..terima kasih!

auntyshina said...

akhirnya ada jugak jalan penyelesaiannya..terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...