Pages

Saturday 16 July 2011

Vitamin

Satu Pengenalan Ringkas Untuk Vitamin
Vitamin adalah bahan organik yang tidak boleh disintesis oleh badan dalam kualiti yang mencukupi. Vitamin mesti diperolehi dari diet anda. Pada dasarnya, vitamin adalah bahan kimia yang yang diperlukan oleh tubuh anda untuk terus hidup tetapi tidak boleh dihasilkan dengan sendiri. Oleh itu, anda perlu mendapatkan vitamin dari benda-benda yang anda makan setiap hari. Sehingga tahun1900, satu-satunya sumber vitamin kita adalah dari makanan. Tetapi penyelidikan yang membenarkan ahli-ahli sains untuk mengenal pasti dan mengekstrak vitamin yang berbeza dan memberikan supplement atau vitamin tambahan kepada diet.

Vitamin tambahan(vitamin supplements) telah berkembang pada zaman sekarang. Masalah peningkatan makanan yang diproses  terdedah kepada pencemaran, racun perosak, pengubahan genetik makanan dan peningkatan jumlah penyimpanan dan penghantaran telah mengurangkan kualiti nutrisi makanan tersebut. Tekanan(stress), cara pemakanan yang kurang baik, penyakit dan preskripsi ubatan tertentu juga menyebabkan sesetengah orang sukar untuk menyerap vitamin yang mereka dapat di dalam diet mereka. 

Vitamin tambahan boleh memastikan badan anda menerima jumlah vitamin yang diperlukan oleh badan anda.

Kerana vitamin adalah sejenis kimia, ramai saintis percaya bahawa versi sintetik setiap vitamin boleh dibuat buatan manusia. Pihak kerajaan bersetuju dengan ahli saintis dan membenarkan syarikat-syarikat untuk mengeluar dan menjual vitamin sintetik. Vitamin Sintetik adalah murah untuk dihasilkan, maka kos pembelian dipasaran turut murah juga bagi pengguna. Walau bagaimanapun, vitamin sintetik tidak mengandungi jumlah kompleks keluarga Mikronutien yang boleh ditemui dengan vitamin dalam bentuk semulajadi.

Vitamin A yang diperolehi dalam keadaan semulajadi dan tidak dihasilkan di dalam makmal adalah bentuk terbaik untuk badan anda. Badan anda tidak dicipta untuk menggunakan bahab-bahan kimia buatan manusia, badan memerlukan vitamin dalam bentuk semulajadi.

Terdapat 13 jenis vitamin yang terkini diiktiraf. Semua vitamin ini boleh didapati di dalam makanan harian yang biasa. Makanan yang sihat dan segar dan makanan organik dapat memberikan badan anda vitamin yang anda perlukan dalam kehidupan.

Walau bagaimanapun, faktor-faktor alam sekitar seperti racun perosak, pencemaran, stress dan cara pemprosesan makanan boleh mengurangkan jumlah vitamin yang tersimpan di dalam makanan tersebut. Adalah lebih penting untuk menambahkan diet anda dengan vitamin tambahan semulajadi, dimana vitamin di dalam makanan tersebut tidak terjejas semasa proses pengeluaran.

Ini adalah satu langkah untuk anda mengenali apa itu vitamin dan kebaikan untuk badan anda dan kesihatan anda.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang 13 jenis vitamin ini, Sila-----------> KLIK DISINI

2 comments:

sabree hussin said...

sumber vitamin paling utama saya datangnya dari sumber buah-buahan dan sayur-sayuran .. dulu ada ambik dalam bentuk tablet, tapi tak amalkan.. stop sudah

GoGoHealthy! said...

Adalah lebih baik kalau kita makan buah-buahan selalu daripada mengambil vitamin dalam bentuk tablet. Kerana vitamin dari bentuk semulajadi adalah yang terbaik untuk badan dan kesihatan kita semua. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...