Pages

Friday 8 July 2011

Gaya Hidup Sihat

Saya tahu anda selalu mendengar banyak tentang gaya hidup yang sihat, tetapi APAKAH makna sebenarnya? Secara umumnya, seseorang yang sihat adalah seorang yang tidak merokok, mempunyai berat badan yang sihat, makan makanan yang sihat dan bersenam. Macam mudah, betul kan?

Cara kepada kehidupan yang sihat adalah kita buat perubahan kecil dalam diri kita iaitu melakukan langkah-langkah senaman ringan yang tidak terlalu membebankan diri sendiri, ambil lebih banyak buah dan sayuran setiap hari dan amalkan mengambil lebih banyak air dari soda. Ini adalah beberapa cara kita boleh memulakan gaya hidup sihat tanpa memaksa diri kita untuk membuat perubahan yang terlalu drastik.

Salah satu masalah terbesar di Malaysia hari ini adalah kekurangan aktiviti. Balik sahaja dari kerja terus tidur.. Daripada tindakan ini akan menyebabkan tubuh badan kita tidak sihat. Sebenarnya, bersenam itu adalah pergerakan..lebih banyak kita lakukan, lebih sihat diri kita. Malah aktiviti seperti berkebun dan berjalan pun boleh membuat perbezaan dalam diri kita.


Hanya menambah pergerakan kecil dalam hidup anda boleh:
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung, strok dan kencing manis.
  • Meningkatkan kestabilan sendi.(improve joint stability)
  • Membantu mengekalkan fleksibiliti pada setipa peringkat umur.
  • Mengekalkan jisim tulang.
  • Mencegah osteoporosis dan keretakan.
  • Memperbaiki mood dan mengurangkan tanta-tanda keresahan dan kemurungan.
  • Meningkatkan daya ingatan bagi orang tua.
  • Mengurangkan stress.

Jadi, walaupun kita memilih untuk perubahan yang kecil dan kehilangan berat badan yang lebih sederhana, kita semua boleh mendapat faedah yang cukup bagus dalam diri sendiri.


Cara Mudah Untuk Senaman Badan Anda

Anda boleh memulakan proses penurunan berat badan dengan menambahkan lagi aktiviti dalam kehidupan anda. Jika anda belum bersedia untuk program berstruktur, bermula dengan yang ringgan dahulu.
  • Matikan TV. Setiap kali selepas anda menonton TV dan membawa keluarga anda berjalan-jalan dan bermain daripada anda duduk sahaja atas sofa.
  •  Lebihkan Berjalan. Apabila anda mengambil surat di peti surat, berjalan-jalan disekitar kawasan perumahan atau berjalan di atas treadmill anda selama 5 minit sebelum bersiap sedia untuk berkerja.
  •  Melakukan Beberapa Kerja. Contohnya menyapu lantai, menyiram pokok bunga,membuang sampah dan sebagainya.
  •  Perhatian. Anda buat satu list semua aktiviti fizikal yang anda lakukan pada hari biasa. Jika anda dapati bahawa sebahagian besar masa anda telah digunakan untuk duduk, buat lagi satu list cara anda boleh bergerak dengan lebih. Bangun setiap jam untuk meregangkan otot atau berjalan.

Makan Dengan Cara Yang Sihat

Makan diet yang sihat adalah satu lagi sebahagian daripada gaya hiup sihat. Bukan sahaja makan diet yang sihat boleh menguruskan berat badan, ia juga boleh meningkatkan tahap kesihatan dan kualiti hidup kita apabila umur tua kelak. Kita boleh menggunakan Piramid Panduan Makanan untuk menetukan berapa banyak kalori yang kita perlukan dan apa kumpulan makanan yang perlu kita fokuskan. Anda boleh menggunakan tips ini untuk cara-cara mudah menukarkan cara pemakanan anda:
  • Makan lebih banyak buah-buahan. Tambahkan kepada makan tengah hari dan makan malam anda.
  • Makan sayur-sayuran lebih. Tambahkan sayuran dalam makan tengah hari dan malam anda.
  • Minum tenusu yang rendah lemak atau bebas lemak. Ini dapat mengurangkan kalori tanpa perlu menukar terlalu banyak dalam diet anda. 

Mengamalkan gaya hidup sihat tidak bermaknamelakukan perubahan yang drastik. Malah, perubahan yang terlalu drastik hampir selalu membawa kegagalan. Dengan membuat perubahan yang kecil dalam cara anda hidup setiap hari boleh membawa kepada ganjaran yang besar, jadi fikirkan apa yang boleh membuatkan anda sihat sentiasa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...