Pages

Friday 12 August 2011

Cara Meningkatkan Metabolisme Secara Semulajadi

Entry kali ini, saya akan berkongsi tentang cara meningkatkan metabolisme secara semulajadi bagi membantu anda untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat tanpa menggunakan ubat herba atau ubat yang mempunyai kesan sampingan kepada diri anda.

Metabolisme adalah mekanisme yang menukarkan makanan kepada sumber tenaga yang memberi tenaga kepada badan anda. Sekiranya metabolisme anda meningkat, badan anda boleh membakar lebih banyak kalori dalam badan anda pada kadar yang lebih cepat walaupun anda hanya duduk ataupun tidur. Ini akan membantu anda menurunkan berat badan dan kekal sihat dengan lebih mudah lagi. 

Cara Meningkatkan Metabolisme Secara Semulajadi

Bersenam. 
Apabila anda bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari, anda akan meningkatkan kadar metabolisme anda dalam tempoh 24 jam berikutnya. Contohnya berjalan lebih jauh apabila anda pergi membeli-belah, menggunakan tangga daripada menggunakan lif dan melakukan lebih banyak aktiviti di sekitar rumah(bercucuk tanam, menyapu, menyiram pokok bunga dan sebagainya). Semua ini boleh membantu meningkatkan metabolisme anda. 

Membina Otot. 
Lebih banyak otot yang anda miliki, lebih banyak kalori anda bakar tanpa mengira faktor-faktor yang lain. Saya tahu diet protien yang rendah boleh menyebabkan kehilangan otot, tetapi anda boleh mendapatkan otot dan mengurangkan lemak dalam tubuh dengan mengamalkan makan makanan diet serat protien tinggi yang sihat serta digabungkan dengan senaman aerobik dan latihan berat badan. Jadi, mulakan latihan anda secepat mungkin dari sekarang. 

Makan Makanan Yang Tidak Terlalu Berat Lebih Kerap. 
Lagi lama anda menunggu diantara waktu makan, lebih lambat badan anda memulihkan tenaga dalam badan anda dan mengurangkan kadar metabolisme diri anda. Pastikan anda mendapatkan sekurang-kurangnya 800 kalori setiap hari untuk badan anda. Makan 4 hingga 6 kali makanan yang tidak terlalu berat setiap 2 hingga 3 jam bermula dengan sarapan pagi. Daripada ini kadar metabolisme anda meningkatkan, dapat menstabilkan kadar gula dalam darah, membekalkan sumber tenaga kepada tubuh badan dan membantu anda mengelakkan daripada makan terlalu banyak di kemudian masa. 

Mengamalkan Diet Yang Sihat. 
Pastikan anda mendapatkan protien yang optimum untuk mengekalkan otot yang baik. Makan makanan yang mengandungi kadar serat yang tinggi(high fiber food) dan makanan pembakar lemak untuk melajukan kadar metabolisme anda. Minum air sekurang-kurangnya 8 auns gelas sehari. 

Bersantai Dan Berehat. 
Badan anda telah berkerja keras untuk memastikan suhu badan anda di 98.6. Oleh itu, anda boleh meminum air sejuk/ais untuk membantu meningkatkan metabolisme anda. Ini kerana 70% daripada badan anda memerlukan air. Sekiranya badan tidak mendapat air yang cukup, ini melambatkan semua sistem badan anda termasuk kadar metabolisme anda.

Seperti yang anda lihat, untuk meningkatkan kadar metabolisme memerlukan anda untuk mengubah beberapa tabiat lama anda. Menggabungkan Cara Meningkatkan Metabolisme Secara Semulajadi diatas  dengan Top 10 Makanan Pembakar Lemak akan meningkatkan lagi kadar metabolisme anda.

Monday 1 August 2011

Top 10 Makanan Pembakar Lemak Untuk Mengurangkan Berat Badan

Jadi apakah makanan pembakar lemak yang terbaik untuk menurunkan berat badan?
Herba istimewa(special herb), rempah ratus atau kafein bancuhan(caffeine concoctions seperti teh dan kopi) sering kali dianggap sebagai makanan pembakar lemak. Makanan pembakar lemak yang terbaik adalah ia dapat mempercepatkan metabolisme anda untuk mengurangkan berat badan serta membantu anda membina otot dan kekal sihat. Metabolisme boleh menukarkan makanan yang anda makan menjadi tenaga yang anda perlukan untuk melakukan semua aktiviti yang anda lakukan. Daripada itu, makanan pembakar lemak akan mempercepatkan metabolisme dalam badan untuk mengurangkan berat badan dan ia menghasilkan tenaga yang tinggi untuk pembakaran kalori dalam badan anda. Mari kita lihat dibawah ini:

Top 10 Makanan Pembakar Lemak Untuk Mengurangkan Berat Badan

1.Yogurt Rendah Lemak.
Yogurt rendah lemak adalah sumber yang baik dan sihat dari segi protien dan kalsium. Ia terbukti boleh mempercepatkan metabolisme badan. Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang mengamalkan diet dengan yogurt rendah lemak boleh kehilangan 2 kali lebih cepat mengurangkan berat badan. Ini disebabkan mereka mendapat sekurang-kurangnya 1,200mg kalsium sehari berbanding dengan orang yang kurang mendapat kalsium. 

2.Omega 3 Ikan.
Ia merupakan sumber protien yang sangat baik dan juga boleh mengurangkan berat badan. Omega 3 asid lemak juga dapat membantu membakar kalori dan menurunkan selera makan. 

3.Makanan Kekacang(Soy Foods).
Contohnya Edamame dan tauhu adalah makanan protien yang sihat dan membantu meningkatkan metabolisme dan menurunkan peratusan lemak badan anda. 

4.Daging Yang Tidak Berlemak.
Lemak pada daging itik dan ayam mesti dibuang, contohnya membuang dahulu kulit pada daging sebelum dimasak. Ia adalah satu makanan yang terbaik untuk pembakaran lemak kerana tubuh anda menggunakan lebih banyak kalori untuk mencerna. Hanya pastikan anda sentiasa memilih dada ayam tanpa berkulit untuk hasil yang terbaik. 

5.Telur.
Telur juga merupakan sumber protien yang seimbang yang sangat baik untuk membantu anda membakar lemak berlebihan. Ia juga dapat menahan otot anda semasa anda kehilangan berat badan. 

6.Cuka.
Ia menggunakan asid untuk membantu badan anda memecahkan lemak yang berlebihan. 

7.Buah-Buahan Jenis Limau.
Buah-buahan jenis limau terbukti untuk membantu meningkatkan tahap insulin dalam badan untuk membantu anda merasa kurang lapar. Buah lemon dan oren mengandungi serat, rendah kalori dan kadar air yang tinggi yang membantu mengurangkan berat badan anda. 

8.Cili.
Lagi pedas cili itu, lagi bagus kesannya. Ia merupakan makanan pembakar lemak yang boleh meningkatkan metabolisme anda dan membantu membakar kalori. 

9.Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan Yang Sihat.
Anda boleh rujuk Top 10 Senarai Sayur-Sayuran Yang Sihat dan Top 10 Senarai Buah-Buahan Yang Sihat. Minum bayak air juga boleh menbantu membakar lemak dan menurunkan BMI anda. 

10.Bijirin.
Membantu memelihara kadar insulin yang rendah untuk meningkatkan metabolisme anda selepas anda makan. Tetapi, pastikan ddiri anda menjauhi daripada bijirin yang telah ditapis kerana ia boleh menyebabkan kadar metabolisme anda menjadi lambat dan membuatkan badan anda mula menyimpan lemak.

Tuesday 26 July 2011

Wabak E.coli Menyukai Wanita

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0605&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm
Hari ini tadi saya terbaca entry dari Kosmo Online(26 Julai 2011) tentang wabak E.coli yang melanda di negara Jerman dan beberapa negara di Eropah. Tetapi yang menariknya wabak E.coli ini lebih gemar menyerang golongan wanita. 

Sebelum ini, mangsa terdiri daripada golongan kanak-kanak disebabkan sistem imun tubuh mereka yang lemah. Di Jerman, seramai 1,200 orang golongan wanita dijangkiti wabak ini. Satu teori yang dibuat oleh para saintis bahawa orang yang gemar sangat makan makanan organik dan rendah kalori seperti timun dan salad yang selalu menjadi mangsa wabak ini(hanya pandangan para saintis sahaja).

Bakteria E.coli yang terbaru di Jerman ini mempunyai sebab tertentu untuk menghuni tubuh wanita daripada lelaki kata Dr.Ulf Goebel dari Hospital Universiti Charite di Berlin. Pada tahun 1994 di Amerika Syarikat, wabak E.coli ini juga kebanyakannya menjangkiti golongan wanita sekitar umur 36 tahun.

Nasihat daripada Pegawai Kesihatan Jerman memberitahu semua orang supaya mengelakkan daripada makan tomato, timun dan salad mentah.

Agensi Standard Makanan Britain (FSA) juga memberitahu, pengguna mesti membasuh dahulu buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum memakannya ataupun dimasak. Adalah bagus lagi kalau kita masak makanan kita untuk membunuh bakteria. Untuk info yang lebih terperinci lagi sila klik----->Kosmo Online!  

Saya bukannya menakutkan golongan wanita tetapi ingin berkongsi info dengan pengunjung-pengunjung blog ini untuk kebaikan bersama. :-)

Saturday 23 July 2011

Manfaat Yang Anda Perolehi Sekiranya Berhenti Merokok Selepas Anda Baca Artikal Ini!

Bermula selepas 20 minit anda berhenti merokok, badan akan semakin sihat daripada 20 minit sebelum anda berhenti merokok. Berikut adalah bagaimana gembiranya badan anda bertindak balas selepas anda berhenti merokok.



Berhenti Merokok Dalam Masa:

20 minit - Tekanan darah dan kadar nadi anda kembali normal.

8 hingga 12 jam - Tahap toksik karbon monoksida dan nikotin dalam aliran darah anda menurun ke tahap separuh dan tahap oksigen meningkat.

24 hingga 48 jam - Pada masa ini kadar nikotin akan semakin berkurangan dalam badan anda. Risiko anda telah menurun dari serangan jantung. Hujung saraf yang rosak akan mula diperbaiki dan deria rasa dan bau mula kembali kepada normal.

72 jam - Badan anda bebas dari nikotin dan risiko daripada penyakit berkurangan. Tiub bronkus sihat akan membuatkan paru-paru anda bernafas dengan lebih mudah. Rambut, gigi dan nafas rasa lebih bersih dan tidak berbau.
2 ke 12 minggu - Peredaran darah dan fungsi paru-paru terus meningkat pada masa ini. Perasaan gelisah, sukar menumpukan perhatian, isomnia, kemurungan dan keinginan merokok ketara reda dan berakhir.

3 hingga 9 bulan - Sesak nafas, batuk dan risiko terkena jangkitan menurun dan meningkatkan tahap tenaga anda.

1 tahun - Tahap risiko menghidap penyakit jantung setengah lebih rendah daripada golongan perokok.

5 tahun - Tahap risiko untuk mendapat strok adalah hampir sama dengan golongan yang bukan perokok.

10 tahun - Kemungkinan tahap risiko untuk mendapat kanser pada mulut, tekak, esofagus, buah pinggang, pankreas dan paru-paru anda telah menurun hampir setengah daripada golongan perokok.
15 tahun - Tahniah! Tahap risiko untuk penyakit jantung, strok, kanser paru-paru dan kematian kini serupa dengan golongan yang tidak pernah merokok.



Friday 22 July 2011

Bagaimana Untuk Menghilangkan Lemak Pada Perut Dan Pinggang

Saya tahu setiap orang yang mengalami masalah perut buncit dan pinggang yang berlemak adalah ingin untuk menghilangkan lemak pada perut dan pinggangnya.

Terdapat dua jenis lemak perut iaitu Lemak Visceral (lemak pada organ dalaman) dan Lemak Subcutaneous(lemak dibawah kulit). Lemak Subcutaneous inilah yang menyebabkan orang lain boleh melihat lemak pada diri anda. Tetapi lemak Visceral adalah lemak yang boleh membinasakan badan anda kerana lemak jenis ini tersembunyi di bawah beberapa otot yang mengelilingi organ-organ penting anda. Semakin banyak lemak ini, semakin tinggi risiko anda meghidap penyakit kencing manis, penyakit jantung dan masalah kesihatan yang lain.


Apakah punca anda mempunyai perut dan pinggang yang berlemak?

Kajian menunjukkan orang yang makan makanan yang tidak sihat mempunyai lebih banyak lemak Visceral dan lemak Subcutaneous daripada orang yang makan makanan yang sihat dan kerap bersenam. Daripada hampir 3,000 orang dewasa dalam satu kajian, orang yang aktif dan makan diet yang sihat dengan banyak sayur-sayuran berserat tinggi, buah-buahan segar dan bijirin penuh, ditambah makanan yang rendah lemak dan protien yang tinggi, mereka mempunyai perut yang kurang lemak dan sihat.

Banyak kajian pada masa lalu telah menunjukkan bahawa perokok biasanya berat badannya kurang daripada orang yang tidak merokok. Tetapi, kajian baru-baru ini dari Pusat Perubatan Universiti Utrecht di Belanda, menunjukkan bahawa walaupun perokok itu adalah kurus, mereka masih tetap cenderung untuk memiliki Lemak Visceral yang lebih banyak daripada orang yang tidak merokok.

Selain daripada pengumpulan lemak yang disebabkan oleh merokok, diet yang tidak sihat, kurang bersenam dan pengambilan alkohol dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan kepada perut buncit dan mempunyai Lemak Visceral dan Subcutaneous yang banyak.

Bagaimana Menghilangkan Lemak Pada Perut Dan Pinggang?

Apabila anda membuat kepuutusan untuk menyingkirkan lemak pada perut dan pinggang, anda jangan hanya mensasarkan untuk menghilangkan Lemak Subcutaneous yang terletak tepat dibawah kulit anda sahaja, tetapi juga menyingkirkan Lemak Visceral yang berbahaya kerana lemak jenis ini tersembunyi dibawah otot dan mengelilingi organ-organ penting anda.

Kajian juga menunjukkan bahawa Lemak Visceral bukan sahaja meningkatkan risiko anda menghidap penyakit kencing manis dan jantung, ia juga menyumbang kepada batu karang, psoriasis, hati berlemak dan mungkin juga kanser prostat dan kanser payudara.

Jadi disini adalah cara untuk menghilangkan Lemak Visceral dan Subcutaneous:
  • Jika anda merokok, berhenti!
  • Kurangkan atau jangan sesekali meminum minuman beralkohol.
  • Bersenam sekuran-kurangnya 30 minit sehari. Duke University Medical Center membuat penyelidikan mendapati bahawa semua aktiviti fizikal boleh membuat perbezaan yang ketara dalam mengurangkan lemak pada perut dan pinggang. Lebih banyak anda bersenam, lebih cepat anada menghilangkan lemak dari bandan anda.
  • Makan secara sihat. Meningkatkan serat makanan berkhasiat tinggi seperti sayur-sayuran, bijirin dan buah-buahan. Makan makanan yang mengandungi omega 3 seperti ikan, mengambil tenusu yang rendah lemak dan makan ayam yang sudah dimasak tanpa kulitnya. Anda juga perlu mengurangkan pengambilan gula.
  • Kurangkan berat badan dengan mengamalkan diet yang sihat dan meningkatkan aktiviti fizikal. Kajian membuktikan bahawa lemak pada perut akan hilang dulu dari lemak pada bahagian lain.
Itulah cara-cara kita untuk menghilangkan lemak di perut dan pinggang. Go..Go..Healthy Everyone! :-)

Wednesday 20 July 2011

Top 10 Senarai Buah-Buahan Yang Sihat Dan Manfaatnya

Entry kali ini menunjukkan senarai buah-buahan dan faedah antioksidan buah-buahan yang paling berkhasiat. Untuk mendapatkan manfaat buah-buahan yang terbaik, anda mesti kerap memilih buah-buahan dari Top 10 Senarai Buah-Buahan yang dinyatakan dibawah sebentar lagi. Daripada itu, barulah anda boleh kelihatan lebih sihat, berfikir lebih baik dan mempunyai tenaga yang lebih banyak.
Tetapi itu bukan semuanya. Ternyata bahawa makan sebiji epal sehari atau aprikot, kiwi, betik atau semangkuk blueberry, boleh membuatkan kita untuk tidak memerlukan doktor lagi! Bukan sekadar buah-buahan sihat adalah lazat dan berkhasiat, dapat mengurangkan risiko selesema, sakit jantung, kanser dan sebagainya, ia juga mengandungi faedah antioksidan buah-buahan yang akan membantu anda berasa lebih baik dan hidup lebih lama.

Top 10 Senarai Buah-Buahan Yang Sihat & Manfaatnya
1. Buah Epal. Kalau dimakan bersama kulit, ia akan memberikan badan anda Pectin, 5 gram serat dan dos flavonoid antioksidan yang banyak. Buah apel membantu menurunkan paras kolesterol anda. Dos flavonoid yang banyak boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, stroke dan kanser. Sebiji buah epal mempunyai 80 kalori.

2. Buah Aprikot. Ia adalah sumber yang baik untuk vitamin A, C dan E, kalium, zat besi dan karotenoid. Lycopene yang terdapat dalam aprikot membantu melindungi mata anda dan mencegah penyakit jantung, pengoksidaan kolesterol LDL dan kanser tertentu(terutamanya kanser kulit). Serat yang terdapat dalam aprikot membantu melegakan sembelit. Sebiji aprikot mempunyai hanya 19 kalori.
3. Buah Pisang. Buah pisang adalah sumber kalium(kira-kira 400mg), membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan stroke. Ia juga memainkan peranan penting dalam fungsi otot. Pisang sangat lazat dan manis untuk dimakan menjadikan ia sebagai pengganti gula yang baik dan sumber tenaga semulajadi. Serat dalam buah pisang membantu memulihkan tindakan usus yang normal. Pisang mengandungi sekitar 108 kalori.
4. Buah Beri(Berries). Mengandungi jumlah antioksidan yang tinggi dan kuat, termasuk vitamin C. Banyak kajian menunjukkan buah beri memberikan perlindungan terhadap stroke, kanser dan banyak penyakit lain.
  • Blueberries merupakan buah-buahan yang utama dalam senarai buah-buahan antioksidan. Selain memberi manfaat kesihatan yang lain, Blueberries membantu menghalang tekanan darah tinggi, marcular degeneration dan kerosakan otak yang membawa kepada penyakit Alzheimer. Satu cawan blueberries mempunyai 81 kalori dan 4 gram serat.
  • Blackberries mempunyai 74 kalori dan 10 gram serat secawan.
  • Raspberries mempunyai 60 kalori dan 8 gram serat secawan.
  • Strawberries mempunyai 50 kalori dan 4 gram serat secawan sekiranya dihiris.
5. Buah Tembikai(Cantaloupes). Ia mengandungi penuh vitamin C, kalium dan karotenoid antioksidan. Tembikai boleh membantu mengurangkan keradangan, mencegah kanser dan penyakit kardiovaskular, meningkatkan immuniti dan membantu melindungi kulit anda daripada sinaran matahari(sunburn). Separuh tembikai mempunyai 97 kalori dan 2 gram serat.

6. Buah Ceri. Buah ceri adalah sangat tinggi dalam besi dan flavonoid untuk melawan penyakit. Ia mengandungi kalium, magnesium, vitamin C dan E, folat dan karotenoid untuk pelindung hati. Buah ceri mengurangkan keradangan, sakit artritis, kolesterol yang tidak baik dan risiko kanser. Satu cawan buah ceri mempunyai 88 kalori.

7.Buah-Buahan Citrus. Buah dalam kategori ini sangat dikenali sebagai buah yang mempunyai rasa jus yang segar dan tinggi dalam vitamin C. Tetapi ia juga merupakan sumber folat, serat dan antioksidan lain, vitamin dan mineral. Ia juga membantu mengurangkan kolesterol, tekanan darah dan risiko sesetengah kanser.
  • Buah anggur merah hanya mengandungi 47 kalori.
  • Buah oren mengandungi 50 hingga 70 mg vitamin C dan 68 kalori sebiji.
  • Buah lemon dan lime mengandungi kira-kira 17 kalori sebiji.
8. Buah Kiwi. Ia mengandungi dua kali ganda vitamin C dari buah oren. Ia merupakan sumber yang sangat baik magnesium, kalium dan vitamin A dan E. Buah kiwi boleh meningkatkan sistem imun dan mengurankan penyakit pernafasan. Sebiji kiwi mempunyai 47 kalori dan 3 gram serat.

9. Buah Betik. Ia penuh dengan vitamin C, folat, karotenoid dan enzim peghadaman semulajadi yang membantu penghadaman protien, Satu cawan cube betik mengandungi 55 kalori.

10.Buah Anggur Merah. Buah ini mengandungi zat besi, kalium, serat dan antioksidan yang kuat untuk melawan banyak penyakit. Anggur berwarna gelap mengandungi sumber flavonoid, anthocyanin dan resveratrol untuk membantu mencegah penyakit jantung dan kanser. Satu cawan buah anggur merah mempunyai 60 kalori.

Mulai dari sekarang, anda boleh cuba untuk memilih dari setiap buah-buahan daripada senarai buah-buahan yang sihat diatas. Anda semua sudah pun tahu bahawa semua buah-buahan diatas mempunyai manfaat kepada diri anda dan kesihatan sepanjang hidup yang anda jalani. Selamat mencuba... Amalkan makan buah-buahan dengan kerap. :-)

Tuesday 19 July 2011

Top 10 Senarai Sayur-Sayuran Yang Sihat


Sayur-sayuran yang sihat boleh membantu kita semua menurunkan berat badan, melawan penyakit dan menjadikan kita lebih sihat. BAGAIMANA KITA TAHU? Ini dibuktikan ramai penyelidik berkata begitu!

Senang... Anda hanya perlu memilih 5 atau 6 jenis sayuran dari senarai sayur-sayuran sihat di bawah nanti.

MENGAPA KITA PERLU MAKAN 5 @ 6 JENIS SAYUR-SAYURAN?
Kerana semua orang, dari golongan kaum ibu dan ahli-ahli sains terkemuka dunia sentiasa memberitahu kita untuk makan lebih banyak sayur-sayuran setiap hari. Walau bagaimanapun, majoriti penduduk di dunia tidak makan lebih dari 3 jenis sayur-sayuran setiap hari, tidak seperti yang disyorkan perlu makan sekurang-kurangnya 5 atau lebih sayur-sayuran.

Top 10 Senarai Sayur-Sayuran Yang Sihat

Kita tahu kebanyakan sayur-sayuran mengandungi kalori yang rendah dan nutrisi yang tinggi. Tetapi Top 10 Senarai Sayur-Sayuran yang saya berikan adalah yang terbaik daripada jenis sayuran yang lain. Jadi, anda boleh mula menambah sekurang-kurangnya 5 atau 6 pilihan dari senarai di bawah:

1. Sayur-sayuran Cruciferous. Sayuran ini dipenuhi dengan anti-penuaan, menlindungi dari kanser, meningkatkan imun fitonutrien, vitamin C & K, potassium, kalsium, zat besi dan asid folik. Senarai di bawah adalah sayuran jenis Cruciferous yang paling berkhasiat untuk dimakan mentah, kukus dan digoreng seperti Brokoli, Cauliflower, Brussels sprouts, Kubis hijau @ merah.

2. Lobak merah(carrots). Ia menbantu melindungi daripada kanser dan meningkatkan penglihatan dengan tahap paling tinggi karotenoid dan vitamin A. Lobak merah juga merupakan sumber vitamin B, C, K, Serat(apabila dimakan mentah), Kalium, Magnesium dan Folat. Dengan memarut lobak merah ke dalam salad atau makan anak lobak secara mentah sebagai makanan ringan.


3. Sayur-sayuran yang berdaun hijau gelap. Sayur jenis ini boleh dikukus atau digunakan dalam sup, cili, casseroles atau dimasak secara kacau-goreng(stir-fried). Salad daun hijau & merah adalah paling berkhasiat untuk dimakan secara mentah yang boleh dimasukkan ke dalam salad dan sandwic anda. Ia mengandungi jumlah yang tinggi dalam zat besi, kalium, kalsium, magnesium, karotenoid dan vitamin B, C, E, & K. Ianya seperti Kale, Bayam, Swiss Chard, Sayur Collard, Herba Pasli, Salad merah & hijau, Mustard dan Sayur-sayuran lobak.


 4. Tomato. Ia mengandungi karotenoid lycopene dan vitamin C yang tinggi dan sangat baik dimasukkan ke dalam sandwic, salad, sup dan sos pasta anda.


5. Kacang dan Peas. Ia mengandungi protien yang lebih tinggi daripada sayur-sayuran yang lain. Kacang dan peas boleh dimakan secara kukus atau mentah. Kacang dan peas juga mengandungi serat, folat, kalsium, zat besi, magnesium dan kalium. Ia boleh dicampur ke dalam sup, salad, sos pasta, dan dimakan terus pun boleh. Contohnya seperti Peas, Lentils, Soya, Lima Bean, Kidney Bean, Garbanzo Bean dan kekacang yang lain.


 6. Asparagus. Ia adalah sumber yang sangat baik dalam serat, vitamin A, C, K dan B kompleks terutamanya B6 dan folik. Asparagus hanya mempunyai 4 kalori per tangkai dan ia boleh dikukus dan membantu mengurangkan berat badan, radang dan kemurungan.

7. Makanan Allium. Contohnya seperti bawang putih dan bawang besar. Ia paling dikenali dengan sifat-sifat antibiotik semulajadi dan boleh membantu meningkatkan imuniti, mengurangkan keradangan dan jangkitan. Makanan Allium yang saya senaraikan lepas ini adalah yang paling berkhasiat untuk dimakan mentah dalam salad dan juga hebat untuk perasa bnyak hidangan yang dimasak. Contohnya Sayur Bawang, Bawang Merah, Scallions dan Bawang Putih.

8. Ubi Keledek dan keladi. Ia sangat kaya dengan karotenoid, vitamin A, B6, C, kalium,zat besi dan serat. Ubi keledek dan keladi sangat sedap apabila dibakar dan dimakan biasa(tanpa menggunakan mentega) atau dimasukkan ke dalam sup, casseroles dan dimasak secara kacau-goreng(stir-fries).

9. Lada Loceng(Bell Peppers). Ia adalh sumber kalium, serat, magnesium dan vitamin A, B, C, dan K. Lada manis ini adalah sangat sesuai untuk tambahan rasa kepda salad dan dimasak dengan makanan makanan secara kacau-goreng(stir-fried). Anda boleh memilih lada loceng dari pelbagai warna seperti Hijau, Kuning, Jingga dan Merah.


10. Buah Labu(Skuasy). Ia kaya dengan karotenoid, vitamin A dan C, kalium, magnesium dan serat. Skuasy boleh dihidangkan bersendirian atau ditambah kepada banyak hidangan.



Anda boleh mulakan pemakanan anda setiap hari dengan menambah sayur-sayuran yang telah disenaraikan seperti diatas. Anda boleh makan sebahagian besar daripada sayur tesebut secara mentah, sebagai snek, ulam, dikukus atau sebagai hidangan utama, menambah ke dalam sup, salad, dan casseroles. Kemudian nikmati hidangan yang paling sihat dalam hidup anda. :-)

Saturday 16 July 2011

Vitamin

Satu Pengenalan Ringkas Untuk Vitamin
Vitamin adalah bahan organik yang tidak boleh disintesis oleh badan dalam kualiti yang mencukupi. Vitamin mesti diperolehi dari diet anda. Pada dasarnya, vitamin adalah bahan kimia yang yang diperlukan oleh tubuh anda untuk terus hidup tetapi tidak boleh dihasilkan dengan sendiri. Oleh itu, anda perlu mendapatkan vitamin dari benda-benda yang anda makan setiap hari. Sehingga tahun1900, satu-satunya sumber vitamin kita adalah dari makanan. Tetapi penyelidikan yang membenarkan ahli-ahli sains untuk mengenal pasti dan mengekstrak vitamin yang berbeza dan memberikan supplement atau vitamin tambahan kepada diet.

Vitamin tambahan(vitamin supplements) telah berkembang pada zaman sekarang. Masalah peningkatan makanan yang diproses  terdedah kepada pencemaran, racun perosak, pengubahan genetik makanan dan peningkatan jumlah penyimpanan dan penghantaran telah mengurangkan kualiti nutrisi makanan tersebut. Tekanan(stress), cara pemakanan yang kurang baik, penyakit dan preskripsi ubatan tertentu juga menyebabkan sesetengah orang sukar untuk menyerap vitamin yang mereka dapat di dalam diet mereka. 

Vitamin tambahan boleh memastikan badan anda menerima jumlah vitamin yang diperlukan oleh badan anda.

Kerana vitamin adalah sejenis kimia, ramai saintis percaya bahawa versi sintetik setiap vitamin boleh dibuat buatan manusia. Pihak kerajaan bersetuju dengan ahli saintis dan membenarkan syarikat-syarikat untuk mengeluar dan menjual vitamin sintetik. Vitamin Sintetik adalah murah untuk dihasilkan, maka kos pembelian dipasaran turut murah juga bagi pengguna. Walau bagaimanapun, vitamin sintetik tidak mengandungi jumlah kompleks keluarga Mikronutien yang boleh ditemui dengan vitamin dalam bentuk semulajadi.

Vitamin A yang diperolehi dalam keadaan semulajadi dan tidak dihasilkan di dalam makmal adalah bentuk terbaik untuk badan anda. Badan anda tidak dicipta untuk menggunakan bahab-bahan kimia buatan manusia, badan memerlukan vitamin dalam bentuk semulajadi.

Terdapat 13 jenis vitamin yang terkini diiktiraf. Semua vitamin ini boleh didapati di dalam makanan harian yang biasa. Makanan yang sihat dan segar dan makanan organik dapat memberikan badan anda vitamin yang anda perlukan dalam kehidupan.

Walau bagaimanapun, faktor-faktor alam sekitar seperti racun perosak, pencemaran, stress dan cara pemprosesan makanan boleh mengurangkan jumlah vitamin yang tersimpan di dalam makanan tersebut. Adalah lebih penting untuk menambahkan diet anda dengan vitamin tambahan semulajadi, dimana vitamin di dalam makanan tersebut tidak terjejas semasa proses pengeluaran.

Ini adalah satu langkah untuk anda mengenali apa itu vitamin dan kebaikan untuk badan anda dan kesihatan anda.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang 13 jenis vitamin ini, Sila-----------> KLIK DISINI

Friday 15 July 2011

Tips Bagaimana Untuk Mengurangkan Pendedahan Kepada Radiasi Telefon Bimbit

Bagaimana anda berdepan dengan hakikat bahawa telefon bimbit boleh menyebabkan kanser otak?
Berita memberitahu bahawa pendedahan kepada frekuensi radio telefon dan medan elektromagnet boleh menyebabkan pengguna berisiko tinggi untuk mengalami Glioma, sejenis kanser otak.

Walaupun tiada bukti langsung bahawa telefon bimbit akan menyebabkan anda kanser, terdapat cara yang terbukti untuk membantu anda mengurangkan risiko anda:

Jika anda hendak bercakap menggunakan telefon bimbit, gunakan hands free(ears phone). Ini kerana alat ini mengeluarkan radiasi jauh lebih rendah daripada telefon bimbit sebenar, kata Kumpulan Kerja Alam Sekitar. Sekiranya anda bersendirian, lebih baik anda menggunakan mod pembesar suara(loud-speaker) pada telefon bimbit anda.

Apabila isyarat(signal) lemah? Pada isyarat lemah inilah tahap radiasi paling kuat. Lebih baik anda menggunakan headset.

Seperti anda bercakap menggunakan telefon bimbit semasa anda memandu? Sedar bahawa telefon bimbit anda boleh menjadi lebih berbahaya semasa anda di dalam kereta. Ini kerana telefon bimbit anda akan sukar mencari isyarat dalam kereta dan daripada itu ia akan memancarkan radiasi yang lebih tinggi lagi.

Kanak-kanak tidak sepatutnya bercakap menggunakan telefon bimbit dengan lama kerana otak mereka boleh menyerap radiasi yang tinggi. Kalau boleh guna telefon talian sahaja dari rumah ataupun pondok telefon.

Sesetengah telefon bimbit boleh menyebarkan radiasi yang tinggi. Berikut adalah beberapa telefon yang perlu anda pertimbangkan:
  1. Motorola Bravo (MB520)AT & T 1,59 W/kg
  2. Motorola Droid 2 GlobalVerizon Wireless*1,58W/kg
  3. Palm PixiSprint 1.56W/kg
  4. Motorola Boost i335Boost Mobile 1,55W/kg
  5. Blackberry Bold 9700AT & T,T-Mobile 1.55W/kg
  6. Motorola i335Sprint 1,55W/kg
  7. HTC Magic(T-Mobile myTouch 3G) T-Mobile 1,55W/kg

Anda boleh melihat perbandingan telefon bimbit yang mempunyai radiasi rendah dan radiasi tinggi,--------->KLIK DISINI

    Thursday 14 July 2011

    Wabak E.Coli Di Eropah

    Wabak maut "E.Coli" yang telah membunuh 18 orang di Eropah setakat ini adalah yang terbaru. Bakteria ini adalah bakteria yang tidak pernah dilihat kata Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO). Nampaknya bakteria ini terbentuk daripada 2 jenis bakteria E.Coli. Ini merupakan pekara yang terburuk dalam sejarah dunia pada era kini yang menyebabkan 1,500 orang dijangkiti buat masa sekarang dan membawa kepada komplikasi buah pinggang yang jarang berlaku kepada ratusan orang. E.Coli mempunyai pelbagai ciri-ciri yang membuatkan ia semakin ganas dan mengeluarkan toksin kata pakar WHO.

    Mungkin ada sumber haiwan dimana bakteria daripada manusia dan haiwan tersebut bergabung dan menghasilkan satu gen," pakar berkata. Bentuk E.Coli kelihatan lebih berbahaya daripada jenis yang lain. Orang dewasa akan berkelakuan secara ganjil sekiranya dijangkiti bakteria ini. Golongan kanak-kanak dan warga tua jarang dijangkiti bakteria tersebut. Wanita khususnya yang paling banyak dijangkiti. Walau bagaimanapun, pakar mencatatkan bahawa ia adalah sukar untuk mengetahui skop keseluruhan masalah sejak orang dengan kes yang sederhana tidak membuat rawatan perubatan.

    Adakah Dengan Cara Menggoreng(Frying) Adalah Sihat?

    Makanan yang digoreng adalah memang tidak sihat. Memasak dengan cara Deep-Frying atau menggunakan minyak yang banyak boleh meningkatka kandungan minyak dalam sesuatu makanan. Dengan memakan makanan yang mengandungi tahap lemak yang tinggi boleh meningkatkan risiko anda mengalami kolesterol yang tinggi dan penyakit jantung. Makanan yang digoreng juga mengandungi kalori yang tinggi dan tidak mempunyai banyak vitamin dan mineral.

    Memilih kualiti minyak yang baik untuk menggoreng boleh memberikan sedikit perbezaan. Anda mungkin mahu tahu bahawa tidak semua minyak sesuai untuk menggoreng makanan. Salah satu minyak yang tidak sesuai untuk menggoreng ialah minyak zaitun. Ini kerana suhu penggorengan yang tinggi boleh menyebabkan beberapa lemak sihat teroksida dan menjadikan ia tidak baik untuk kesihatan.


    Daripada menggoreng makanan anda, lebih baik cuba memasak dengan cara mengukus, kacau-goreng(stir-frying) dengan minyak yang kurang dan membakar.

    Tuesday 12 July 2011

    8 Kesan Sampingan Daripada Minuman Soda

    Soda adalah minuman yang mengandungi air berkabonat. Beberapa bentuk ejen pemanis biasanya gula dan satu lagi bentuk perasa ejen iaitu kafein atau jus buah-buahan. Soda selalu dihidangkan secara sejuk.

    Kita semua tahu apa itu minuman soda, malah kita mempunyai jenama kegemaran dan perisa tersendiri. Bukannya boleh menyakitkan diri kita apabila minum satu tin air soda, betulkan? Tetapi pada masa sekarang penduduk di dunia ini telah mmenggunakan kadar soda yang tinggi dan amat membimbangkan.
    14% minuman yang diminum oleh penduduk Malaysia adalah terdiri daripada soda. Paling teruk lagi adalah golongan kanak-kanak sudah mula meminati soda pada peringkat awal lagi. Bagi mereka minuman soda adalah seperti air minuman biasa sahaja.

    Daripada tindakan tersebut, kita mula berfikir menggunakan minda kita. Bagaimanakah kesihatan mereka pada masa hadapan? Adakah mereka akan menghadapi masalah kerana mereka sering mengambil soda?Adakah terdapat kesan sampingan yang serius untuk dipertimbangkan?

    Berikut adalah 8 kesan yang mungkun membuatkan anda dan anak-anak anda berfikir dua kali sebelum meminum soda:

    1. Kerosakan Gigi. Pembuat soda telah mengakui bahawa produk minuman soda mereka boleh menyebabkan kerosakan gigi, tetapi mereka belum menyatakan apakah kesan daripada meminum soda tersebut kepada masyarakat demi keuntungan mereka. Jika anda seorang yang selalu minum soda lebih baik anda buat temujanji dengan doktor gigi sekarang.
    2. Kehilangan Kalsium & Osteoporosis. Asid fosforik menghisap kalsium daripada tulang anda dan merupakan penyumbang utama kepada osteoporosis. Asid fosforik adalah bahan paling aktif dan mempunyai nilai pH 2.8. Lebih banyak anda minum setiap hari, lebih banyak anda kehilangan kalsium. Tulang anda akan menjadi rapuh dan lemah dan mudah tededah kepada penyakit.
    3. Obesiti. Air soda mengandungi kandungan gula dan kalori yang banyak. Gabungan satu pasukan penyelidik Harvard dan pasukan perubatan British telah menjalankan satu kajian membuktukan ia benar soda mengandungi kandugan gula dan kalori yang sangat tinggi. Mereka mendapati bahawa kanak-kanak berusia 12 tahun yang gemar minum soda akan meninglkatkan risiko obesiti 1.6 kali lebih tinggi. Kajian ini telah dilakukan selama 2 tahun oleh mereka.
    4. Ketagihan Kafein. Air soda mengandungi kafein yang membolehkan seseorang yang gemar minum soda menjadi ketagih kerananya.
    5. Penyakit Batu Karang(Kidney Stones). Meminum soda dalam jumlah yang besar boleh membawa kepada pembentukan batu karang atau "pebbles" yang terbentuk pada uretra anda. Percaya kepada saya bahawa mengalami penyakit batu karang amatlah menyakitkan. Jika anda telah ,melihat air kencing anda memgandungi darah dan sakit, lebih baik anda berhenti minum soda sekarang juga.
    6. Peningkatan Tekanan Darah. Soda diperbuat daripada bahan pengawet dan penggunaan Sodium Benzoate. Sodium Benzoate juga digunakan sebagai pengawet dalam ubat-ubatan dan kosmetik. Ia mempunyai kesan sampingan yang berbahay seperti penigkatan tekanan darah, ruam kulit dan boleh mencetuskan serangan asma di dalam individu pesakit asma.
    7. Dehidrasi. Air soda dianggap sebagai Diuretik. Ia menyebabkan anda mengalami dehidrasi. Soda hanya menghilangkan dahaga untuk sementara kemudian menyebabkan anda lebih dahaga lagi. Ini kerana kafein dan gula yang terdapat dalam soda tersebut. Kafein boleh menyebabkan anda membuang air kecil lebih banyak dan kerap dari biasa. Ini boleh dibuktikan apabila anda meminum air beralkohol seperti beer, anda akan sentiasa ingin membuang air kecil setiap masa. Kita boleh nampak yang alkohol juga mengandungi kafein. Gula sebaliknya menyerap air dalam tubuh anda. Ini disebabakan badan anda mengeluarkan gula melalui air kencing, maka air dalam badan anda turut serta dikeluarkan dari badan dan menyebabakn anda rasa dahaga dan mengalami dehidrasi.
    8. Kencing Manis. Ini adalah kesan rantaian kegemukan yang disebabkan oleh soda. Sekiranya anda obes, anda mempunyai peluang untuk mengalami lebih banyak penyakit yang serius. Salah satunya adalah penyakit kencing manis. Pada masa sekarang, Malaysia mempunyai bilangan pesakit kecing manis yang ramai. Jadi jangan jadikan meminum soda satu tabiat anda.

    Jadi kepada semua peminum tetap air soda, ianya tidak terlambat untuk anda mengawal tabiat anda itu. Mula untuk mengurangkan bilangan air soda yang anda minum setiap hari dan mencuba untuk beralih kepada minuman yang lebih baik seperti air jus buah-buahan.

    Monday 11 July 2011

    Beberapa Tips Untuk Hidup Sihat Bagi Pesakit Jantung (Heart Patients)

    Masalah jantung banyak dialami sebilangan besar orang dewasa di dunia, dan malangnya kita mula melihat kes kanak-kanak turut mengalami masalah ini juga pada masa sekarang. Jika anda mempunyai masalah jantung, disini beberapa panduan yang boleh membantu anda menjalani kehidupan yang sihat. Tetapi sila ikut arahan doktor sebelum melakukan apa-apa. 

    Mengurangkan Stress.
    Ini adalah faktor utama untuk hidup sihat. Cuba untuk destress diri anda dengan bertafakur, berehat lebih kerap dan menjalani gaya hidup yang lebih santai.

    Memilih Diet Yang Lebih Baik.
    Makan makanan yang rendah lemak. Ini akan membantu untuk menurunkan paras kolesterol anda. Memilih makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin akan membantu menurukan kolesterol dalam badan. 

    Kurangkan Berat Badan.
    Jika anda makan makanan yang mempunyai tahap lemak yang lebih rendak, maka ia juga mempunyai kalori yang rendah juga dan akan membantu anda untuk mengurangkan berat badan.Kehilangan berat badan merupakan bahagian penting unutk merubah gaya hidup anda untuk mengelakkan peningkatan dalam masalah jantung anda. 

    Sentiasa Aktif.
    Bergantung kepada umur dan keterukan penyakit jantung anda, anda boleh mencuba untuk meningkatkan jumlah aktiviti fizikal anda. Senaman dan beberapa bentuk bantuan aktiviti fizikal dapat mengurangkan tekanan dan meningkatkan tahap kecergasan jantung anda. 

    Berjumpa Dengan Doktor.
    Sentisa melakukan pemeriksaan dengan doktor. Jangan mengabaikan tindakan untuk membuat pemeriksaan ke atas diri anda, walaupun anda merasakan kesihatan anda telah bertambah baik. Mengambil ubat pencegahan secara teratur dan memantau berat badan dan tahap kolesterol anda selalu.

    Kepentingan Kebersihan Peribadi (Personal Hygiene)

    Dalam semua pejabat di seluruh dunia akan sentiasa ada seseorang yang mempunyai bau badan yang buruk, mengalami nafas yang berbau dan cara pemakaian yang tidak terurus dan kusut. Kebanyakan orang akan mengelakkan diri daripada berhampiran sesiapa yang mempunyai pelbagai masalah ini, tidak kira betapa cekap mereka bekerja, orang lain akan mengelak daripada mereka.

    Sekiranya anda mempunyai masalah ini, anda hanya perlu mengambil sedikit perhatian kepada penjagaan dan penampilan diri anda.

    Masalah yang perlu dijaga ialah: 

    • Bau Badan. Anda memang tidak boleh menghidu bau badan diri sendiri, tetapi orang lain boleh. Jadi anda perlu mandi dengan kerap, pakai deodoran dan minyak wangi(perfume) setiap hari. Jangan dipakai semula pakaian yang telah anda pakai untuk turun kerja keesokan harinya kerana ini akan menyebabkan pakaian anda berbau busuk. Ini adalah kerana pakaian membawa baki peluh anda.

      • Kebersihan Oral. Berus gigi anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan juga floskan gigi anda secara berkala. Sekiranya anda makan makanan yang mengandungi bawang putih dan bahan lain, berkumur segera selepas makan.
      • Penampilan. Jika pakaian anda tidak diseterika dan kotor, jika rambut anda kusut dan kelihatan tidak disikat, jika kasut anda tidak rapi, maka anda akan kelihatan nampak tiada keyakinan dalam diri anda dan akhirnya teman sekerja tidak mahu bergaul dengan anda. Daripada itu, anda harus jaga penampilan luaran anda juga. Penampilan adalah apa yang orang lihat pada pandangan pertama mereka.



          Kita sering lupa betapa pentingnya bagaimana penampilan dan bau anda mempengaruhi pandagan orang lain yang datang berhubung dengan anda. Jadi, jaga diri anda dan badan anda supaya orang lain memberi gambaran dan pandangan yang baik tentang diri anda.

          Sunday 10 July 2011

          Bukan Susah Untuk Hidup Gaya Sihat

          Adakah anda sekarang hidup dalam kehidupan yang sihat?

          Kebanyakan kita semua akan bertindak balas dengan berkata "kita cuba tetapi kita tidak terlalu yakin untuk melakukannya".

          Bukannya sukar untuk kita hidup dengan gaya sihat. Terdapat beberapa langkah dan asas yang mudah yang perlu diikuti. Ini boleh menjadi permulaan tabiat yang baik bagi anda untuk menjalani kehidupan sihat.

          Makan dengan tidak terlalu banyak. Apa yang kita makan mempunyai kesan besar ke ats kehidupan kita. Perhatikan apa yang anda makan dan tidak terlalu memanjakan diri anda. Daripada ini, badan anda akan bertindak balas dengan membuatkab anda berasa lebih baik dari segi mental dan fizikal.

          Kerapkan bersenam. Walaupun anda hanya bersenam beberapa minit setiap hari. Ini adalah permulaan yang baik dan sekurang-kurangnya anda mempunyai satu rutin. Senaman dapat membantu badan anda dengan cara yang begitu banyak sekali. Ia dapat mengetatkan lagi otot-otot anda, badan akan sentiasa cergas, meningkatkan antibodi anda untuk melawan penyakit dan lebih-lebih lagi dapat membuat anda awet muda :)

          Elakkan menghisap tembakau(rokok). Tembakau boleh membahayakan diri anda lebih daripada anda sedar. Ia adalah satu tabiat buruk dan tidak ada manfaat untuk melakukannya.

          Ini adalah hanya tiga langkah yang mudah untuk anda ikuti untuk menjalani kehidupan yang sihat.

          Pemakanan Sihat - Cara Terbaik Untuk Kekalkan Hidup Yang Sihat

          Sejak dari kecil lagi ibubapa selalu mengingatkan kita supaya makan sayur dan buah-buah banyak supaya diri kita sentiasa kuat dan cergas. Jangan makan makanan ringgan dengan melampau kerana ia boleh membawa kepada senak dan obesiti. Dari masa kita dilahirkan, makan dan minum menjadi alat yang amat diperlukan ke arah mewujudkan rasa gembira dan sihat.

          Berapa banyak perhatian untuk anda memikirkan apa yang anda makan?

          Berapa kerap anda mengelak makanan yang anda tahu ia tidak baik untuk badan - walaupun anda menginginkannya?

          Sekiranya jawapan anda tidak terlalu sering - maka dari itulah diri anda akan menjadi tidak sihat melainkan anda mempunyai disiplin ingin belajar untuk makan secara sihat.
          • Mulakan dengan membeli-belah untuk makanan yang sihat. Membeli barangan yang rendah lemak, membeli sayur-sayuran segar bukannya yang dibekukan dan dll. 
          • Belajar memasak secara sihat. Mengukus dan membakar daripada menggoreng makanan dengan minyak, gunakan kurang keju dan gula, membuat salad dan menggunakan kuali non-stick yang berkualiti tinggi supaya anda boleh memasak dengan menggunakan minyak yang sedikit. 
          • Minum banyak air setiap hari. Kita sering lupa melakukan ini, sekurang-kurangnya kita harus minum 8 gelas air setiap hari. 
          • Pantau kalori anda. Cuba untuk tidak makan lebih daripada apa yang kamu buang. Jumlah kalori anda bergantung kepada umur dan jantina dan berat badan mahupun struktur fizikal anda.
          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...