Pages

Tuesday 26 July 2011

Wabak E.coli Menyukai Wanita

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0605&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm
Hari ini tadi saya terbaca entry dari Kosmo Online(26 Julai 2011) tentang wabak E.coli yang melanda di negara Jerman dan beberapa negara di Eropah. Tetapi yang menariknya wabak E.coli ini lebih gemar menyerang golongan wanita. 

Sebelum ini, mangsa terdiri daripada golongan kanak-kanak disebabkan sistem imun tubuh mereka yang lemah. Di Jerman, seramai 1,200 orang golongan wanita dijangkiti wabak ini. Satu teori yang dibuat oleh para saintis bahawa orang yang gemar sangat makan makanan organik dan rendah kalori seperti timun dan salad yang selalu menjadi mangsa wabak ini(hanya pandangan para saintis sahaja).

Bakteria E.coli yang terbaru di Jerman ini mempunyai sebab tertentu untuk menghuni tubuh wanita daripada lelaki kata Dr.Ulf Goebel dari Hospital Universiti Charite di Berlin. Pada tahun 1994 di Amerika Syarikat, wabak E.coli ini juga kebanyakannya menjangkiti golongan wanita sekitar umur 36 tahun.

Nasihat daripada Pegawai Kesihatan Jerman memberitahu semua orang supaya mengelakkan daripada makan tomato, timun dan salad mentah.

Agensi Standard Makanan Britain (FSA) juga memberitahu, pengguna mesti membasuh dahulu buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum memakannya ataupun dimasak. Adalah bagus lagi kalau kita masak makanan kita untuk membunuh bakteria. Untuk info yang lebih terperinci lagi sila klik----->Kosmo Online!  

Saya bukannya menakutkan golongan wanita tetapi ingin berkongsi info dengan pengunjung-pengunjung blog ini untuk kebaikan bersama. :-)

2 comments:

Ronaldmohoni said...

inilah masalahnya apabila sesuatu bakteria mula berevolusi.

GoGoHealthy! said...

Betul tu bro.. Pada masa kini semakin banyak penyakit baru yang melanda dunia ni.. Bakteria semakin berevolusi menjadi bakteria yang lebih bahaya dari sekarang ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...